Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Bersama Yaya, org kuat al-Fudhail
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Bersama Yaya org



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 18-Nov-2006 09:00
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 - Faris Imran
Hari ini adalah hari convo untuk Muhammad Faris Imran bin Norhisham (6 yrs)!!
- sorry silap tarikh pada camera sbb tak reti nak tukar setting.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 Pusat Tahfiz & Tadika al-Fudhail bertempat di Dewan SRA Meru, Klang

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar. Dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran daripada pelajar2 al-Fudhail; termasuklah Faris! Berbunga hati rasanya bila Faris memperdengarkan hafazan Surah al-Waqiah. Selepas Faris memperdengarkan 1/3 daripada keseluruhan surah, disambung pula oleh abang2 Tahfiz. Merdunya bacaan mereka. Hati berdoa semoga Faris juga boleh melafazkan kalam Allah sebaik pelajar2 Tahfiz ini...... Amin


Selepas Majlis dirasmikan oleh Ketua Kampung (rasanya???), ada persembahan nasyid pulak. Utk class 6-1 Faris pun ada. Lepas tu majlis penganugerahan sijil tamat belajar utk pelajar2 tadika.



Faris naik ke pentas sekali lagi untuk menerima anugerah bagi kategori Markah Tertinggi Ujian Kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Alhamdulillah. Faris dahpun buat pengesahan penerimaan tawaran ke SRAI Batu Belah, Klang. Dapat masuk kelas A (1 Arif).


Sebelum majlis bersurai, Faris sekali lagi naik ke pentas utk menerima Anugerah Tokoh Murid 2006. Tak sangka! Sungguh tak sangka! Sebak rasanya. Antara ucapan pengacara "Pelajar ini dilahirkan pada 05/09/2000. Bercita2 menjadi seorang Jurutera al-Hafiz..... etc.. Menjadi sebutan di kalangan guru2......" Nak gugur airmata dibuatnya. Alhamdulillah. Pada usia 6 thn, Faris sudah mula mengerjakan solat sendirian. Kadang2 tu jadi imam pada Zarif. Puasa pun genap 30 hari. Cuma puasa sunat 6 Syawal jer yg tak habis. Dapat 1 hari jer. Segala yang terbaik di dunia dan akhirat Mama doakan utk Faris. Semoga menjadi ikutan adik2 yg lain... Amin! Ya Rabbal A'lamin.


Untuk semua guru2 yang terlibat membimbing dan mendidik Faris, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan dalam hidup serta jariah yang berpanjangan. Buat Kak Ros, Ustaz, Yaya dan keluarga, terima kasih kerana menjaga Faris lepas sekolah. Minta halal segala makan & minum. Rasa segan juga sbb Kak Ros sekeluarga tak mahu menerima sebarang bayaran daripada kami. Semoga Allah membalas segala jasa Kak Ros sekeluarga. Buat Yaya, harap jangan serik membantu Faris dengan hafazannya, walaupun bukan secara formal.

Kepada Shahrizaman, terima kasih kerana sudi meminjamkan digital camera untuk merakamkan sedikit detik2 indah ini. Harapan semoga semua sudi mendoakan kejayaan untuk Faris.


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.